Diet sempurna jamin tubuh,minda sihat

February 1, 2009 at 12:30 pm 4 comments

meh baca, jgn tak bace..
sesuatu yang baru dalam prinsip pemakanan yang sihat tanpa had..
kaji setiap prinsip nih =)

MINDA sihat datangnya daripada badan yang sihat, badan sihat berpunca dari minda yang sihat. Kita semua tahu tubuh badan yang cergas fizikalnya berupaya meningkatkan setiap aspek kualiti hidup kita.

Bagaimanapun tidak dinafikan keseimbangan di antara minda, fizikal dan rohani adalah kunci utama untuk kesihatan yang optimum.Lazimnya apabila orang bercakap mengenai kesihatan, perkara utama yang dibincangkan ialah diet sehariannya.

Maka timbullah kata-kata ‘berdiet’ untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik, iaitu apa yang kita semua tahu menahan diri daripada makan atau ‘mengira kalori’ setiap makanan yang diambil sehari-hari.

Memanglah ia langkah yang betul tetapi berapa lamakah ia mampu bertahan? Adakah anda mampu mengikat perut sampai bila-bila kerana apabila berhenti berdiet, berat badan akan naik semula.

Istimewanya kepada mereka yang semula jadi kurus dari segi genetik kerana tidak perlu bersusah payah memikirkan mengenai amalan berdiet ini kerana tiada kerisauan dengan berat badan mereka.

Berbeza pula dengan golongan yang berlawanan. Faktor keadaan yang memaksa ini membuatkan ramai daripada golongan ini tertipu dengan kata-kata manis pengiklan produk menguruskan berat badan kerana mahu mengambil jalan singkat untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Perlu diingat prinsip pertama untuk anda kekal langsing sepanjang hayat adalah apabila anda lapar, anda perlu makan.

Malangnya, kebanyakan kita akan makan walaupun tidak lapar. Inilah yang dipanggil tabiat yang memudaratkan diri sendiri. Tetapi ada juga mereka yang tidak akan makan sampai terasa seperti kebuluran.

Kita perlu ada keseimbangan di antara dua sifat ini. Sebenarnya skala kelaparan bagi kita untuk makan adalah ketika kita berasa agak lapar, bukannya ketika kita berasa hendak makan walaupun perut tidak lapar.

Membiarkan perut sampai ke tahap kebuluran boleh menyebabkan badan kita ditimpa pelbagai penyakit kerana tidak cukup nutrisi yang diperlukan.

Prinsip kedua, makan apa yang anda inginkan dan bukan apa yang anda rasa anda perlu makan.

Apabila kita berfikir mengenai sesuatu, otak kita akan berfungsi dengan menghantar isyarat itu kepada tubuh badan dengan mengatakan kita inginkan sesuatu makanan.

Contohnya anda melihat nasi bersama ayam goreng di depan mata, ketika itu ia membuatkan anda terliur, maka itu bererti anda menginginkan makanan itu. Anda perlu mengambil makanan itu dengan syarat anda sememangnya sudah terasa agak lapar.

Sekiranya ketika itu anda masih terasa kenyang ini bermakna anda hanya mengikut perasaan atau nafsu saja.

Prinsip ketiga, makan secara sedar dengan menikmati setiap kunyahan dengan cara memperlahankan kecepatan pemakanan anda dan kunyah betul-betul setiap suapan itu.

Minimum kunyahan adalah sebanyak 21 kali dan jangan makan dengan tergesa-gesa kerana ia akan membuatkan anda berasa lebih lapar dan makan lebih banyak.

Prinsip keempat, berhenti makan apabila anda rasa sudah sederhana kenyang.

Sekiranya anda tidak berhenti, ia akan membuatkan anda mengambil makanan yang berlebihan dan ketika itu nikmat makan itu sebenarnya sudah habis. Jika anda masih meneruskannya dengan alasan tidak mahu membazir, anda sendiri yang akan menanggung kesannya.

Prinsip terakhir, fahami keajaiban air. Sekiranya anda berasa lapar, minum segelas air dulu kerana jika selepas minum anda tidak lagi lapar bermakna ia hanyalah dahaga.

Sekiranya selepas minum masih lagi berasa lapar, bermakna tubuh anda memerlukan makanan. Anda perlu mengambil makanan sebanyak mana yang diperlukan.

Kajian juga membuktikan diet yang membabitkan minum banyak air lebih efektif bagi jangka masa panjang.

Apatah lagi jika air yang digunakan adalah air bermineral dan mengandungi khasiat seperti air zamzam, air daripada sumber semula jadi atau air bertenaga aura.

Entry filed under: mase dEpaN. Tags: .

Hidayah Winning Celebration part 2 SUKMUM 09 – Bola Sepak

4 Comments Add your own

  • 1. mmsy87  |  February 1, 2009 at 3:03 pm

    the power of air ker nie..
    ape beza air mineral, air minuman..
    ahaha

    Reply
  • 2. ummulmursyida  |  February 1, 2009 at 4:08 pm

    haha..nnt ak selongkar..
    tp yang penting, kalo ko bli air dlm botol, drinking water ngan mineral water air yang lain..
    ko tau tu kan mat??

    Reply
  • 3. YatieSamsul  |  February 1, 2009 at 4:46 pm

    pjg nye. tp mak aku ade jual water filter bio aura. sile beli. sgt bagos. hihi.

    *encik mamat, jawabla tag nie eh. http://yatiesamsul.wordpress.com/2009/01/18/three-ugliest-picture-of-you/

    Reply
  • 4. mmsy87  |  February 2, 2009 at 5:56 pm

    herm..insyaAllah
    ak tengah bz giler sekarang nie..
    tengah running project skit.. eheh

    laiepun sume gambar ak ok jerk
    takder yang bruk
    ehehe

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Categories


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: