KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TERAWIKH

September 3, 2008 at 8:18 pm 9 comments

Meh aku bagi semangat kat korang semayang terawikh..
ehehe.. jom tengok smpai malam ke 30
jangan pilih fadhilat plak.. aku kasik supaya korang bersemangat nak penuhkan
30 malam daaa…eeheh

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan Ramadhan:
read more…
Malam 1
Keluar dosa dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2
Di ampunkan dosa dosa orang mukmin yang sembahyang terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawikh terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala orang orang yang bersembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat batu dan tanah tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7
Seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim “Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.

Malam 11
Kelauar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah Subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18
Seru Malaikat: Hai! Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya didalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwata’ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwata’ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaku: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammada S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar'”.

Entry filed under: Islamic. Tags: .

Kelebihan Sedekah List Senarai Buffet Ramadan 2008

9 Comments Add your own

  • 1. miss hannan  |  September 5, 2008 at 2:37 pm

    lg satu post berguna…..
    mekasih ustaz mike….
    =)

    Reply
  • 2. mmsy87  |  September 5, 2008 at 2:42 pm

    ehehe
    bunyik cam diriku ini jahat sangt je sebelum nie
    ehehe

    Reply
  • 3. cahaya kebahagiaan  |  September 5, 2008 at 3:28 pm

    insyaAllah semoga lebih bermanfaat ramadhan…jom kejar lailatul qadar….

    Reply
  • 4. mmsy87  |  September 5, 2008 at 3:35 pm

    oreit..oreit.. im doin my best k cahaya? eheh

    Reply
  • 5. miss hannan  |  September 6, 2008 at 7:21 am

    eyp2….la…terasa ker?
    tak berniat nk perli ke…ape ke..
    serius!!
    sorry2 if terasa….
    hu3…..

    Reply
  • 6. mmsy87  |  September 6, 2008 at 7:26 am

    isk maner ader terase..selamber ajer..

    Reply
  • 7. miss hannan  |  September 6, 2008 at 7:46 am

    owh…k..bagusla kalau cmtu

    Reply
  • 8. walllessmeem  |  September 9, 2008 at 9:57 pm

    hadith 30 malam terawikh ni adalah hadith maudhu’
    kita xboleh berpegang pd hadith ni dan jauh sekali utk dibuat hujjah

    http://soaljawab.wordpress.com/2008/09/02/kepalsuan-hadith-fadhilat-terawikh-bagi-setiap-malam/

    Reply
  • 9. mmsy87  |  September 10, 2008 at 7:13 am

    Wallahualam..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Categories


%d bloggers like this: