Migrain

September 21, 2008 at 8:30 pm 8 comments

Hari ni bebuke pose kat kepong,akak sulung azan punyer rumah. On the way balik dr kepong tuh ak dengar An, Khai ngan Mamat mengadu pasal migrain. Balik dr kepong ak pon surf internet bace pasal migrain. Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), migrain ni salah satu penyakit utama lepas cancer ngan AIDS.

migrain ni ade due jenis, satu classic, satu lagi common migrain. classic ni kire baik ckit r sebab sblm menyerang die kasik signal dulu. kalo common migrain ni terus ambush..ehehe

Ak yang agak obses pasal anatomy manusia ni, menyelongkar lah serba ckit ‘mcm mn migrain boleh jadi’.. ape2 hal ak kasik korg tgk figure kepale org dulu..heheh..

Saraf (nervous system) bertindak balas terhadap perkara-perkara yang menyebabkan migrain seperti stress. Ini menyebabkan spasm (pengembangan n pengecutan secara tiba-tiba) di saluran darah yang kaya dengan saraf seperti arteri di tapak otak kepala. Spasm ini menutup atau mengecilkan beberapa saluran arteri yang membekalkan darah ke otak. 

bile da jadi mcm tu, pengaliran darah ke otak berkurangan. Pada masa yang sama, platlet (partikel yang berfungsi mengawal pembekuan darah) melekat antara satu sama lain dan ini menyebabkan bahan kimia serotonin dihasilkan oleh badan. Serotonin ini mengecilkan lagi saluran darah arteri – jadi mengurangkan lagi bekalan darah ke otak. Pengurangan pengaliran darah ke otak ini menyebabkan bekalan oksigen ke otak berkurangan. Itulah sebabnya tanda-tandanya seperti pendengaran dan percakapan yang terganggu sama macam tanda-tanda orang yang kena strok (angin ahmar). Bila bekalan oksigen berkurangan, ada saluran darah arteri yang mumbuka lebih luas untuk memenuhi permintaan tenaga (in form of oksigen) daripada otak. Pembesaran saluran darah arteri ini mengeluarkan bahan yang menyebabkan kesakitan iaitu prostaglandins daripada tisu-tisu dan sel-sel darah..Bahan-bahan yang menyebabkan inflamasi (pembengkakan) seperti neuropeptides dan yang menyebabkan meningkatnya sensitiviti kepada rasa sakit juga dikeluarkan. Bahan-bahan ini dan juga pengembangan saluran darah arteri menyebabkan terjadinya migrain. so, once mende ‘sakit’ da kluar, die provoke mende ‘sakit’ yang lain utk keluar.

tu yang datang nyer HYPERsakit..adui..

common migrain selalu org dapat, antara starter kepada migrain ni ialah;-

i) Keturunan
Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensitif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling). Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan effektif (serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah).

ii) Pemakanan
Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto), cheese,
nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame boleh menyebabkan migrain. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, jadi menyebabkan migrain. Kemungkinan juga makanan ini menyebabkan reaksi allergik yang akan menyebabkan migrain.

iii) Diet
Menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin menyebabkan migrain. Ini kerana kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang.

iv) Tidak makan atau lambat makan mengikut waktu juga boleh menyebabkan terjadinya migrain.

v) Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb selalu menghadapi caffeine withdrawal syndrom bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. Sindrom ini sama dengan migrain. Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah, dan memberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang.

vi) Hormon.
Turun naik hormon wanita, oestrogen, dikaitkan dengan kejadian migrain. Migrain mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secara terus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun.

vii) Mengandung.
Selalunya kejadian menurun semasa mengandung.

viii) Haid.
Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas dating haid.

ix) Pil perancang.
Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain.

x) Menopause (putus haid).
HRT (hormone replacement therapy) yang menggunakan hormon termasuk oestrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya mengalami migrain.

xi)Tidur.
Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain.

xii) Pemakanan yang tidak teratur.

xiii) Ubat
Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migrain. Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba.Penggunaan berlebihan ubat migrain juga boleh menyebabkan migrain.

xiv) Penyebab-penyebab lain.
– Perubahan cuaca.
– Cuaca terang matahari atau lampu.
– Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat.
– Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama.
– Stress dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi.
– Jantina. Perempuan lebih kerap (tiga hingga empat kali lebih kerap berbanding lelaki).
Merokok.

 

Entry filed under: mase dEpaN. Tags: .

Personaliti ikut pokok kelahiran anda? Someone to Save You

8 Comments Add your own

  • 1. Ariff  |  September 21, 2008 at 11:52 pm

    unfortunately..
    ak ialah antara lelaki malang yang ada migrain..
    diwarisi oleh mak gua..

    classical migrain…
    signal ada 2-3 jam before kena serang cam nak mati..
    kalau dah kena betul, ak hentuk kepala kat dinding pun tak rasa sgt sebab kesakitan migrain lagi kuat..

    minyak angin and panadol ialah kawan baik bagi orang migrain..
    mat salleh sgt tensen biler ak pakai minyak angin..
    diorang tanya bau apa tuh…
    ak kata itu laa bau perfume malaysia
    hahahaha

    Reply
  • 2. mmsy87  |  September 22, 2008 at 2:50 am

    yer ker wei.,..
    srius giler tuh wei..
    nanti ko migrain datang kat ak ler wei..
    nak ak pkul ko
    takder ko rase sakit kan? ehehe

    ak kalau migrain tak teruk la..
    dier juz denyut datang biler time ak
    mule pk serabut or tak cukup tido sangat..
    dats it… kalau orang pkul kepala ak
    ak pkul balik seh….!

    Reply
  • 3. haya  |  September 22, 2008 at 2:51 am

    HEHE
    parents ak ade migrains
    alhamdulillah tak pas dekat aku
    dorang xleh minum kopi, teh..or aper2 yg ade kafein
    klo mnm pun mesti yg cair..(rasa mcm mnim air kosong)
    dorg tak gn panadol
    tapi ader ubt specific..
    dulu ak ingat name dier coz slalu tgk
    skrg dah lame x diam rmh…dah lupe r..

    Reply
  • 4. miss hannan  |  September 22, 2008 at 3:27 am

    wu~
    thanx for d info….
    mmg ade migrain la…..
    punye la selame nih nak menafikan diri sendiri ade migrain….
    nyway…keep updating any new info for both of u….mike n ummul…
    thanx in advance..

    Reply
  • 5. ummulmursyida  |  September 22, 2008 at 4:56 am

    memang disaster ckit org yg ade migrain ni..
    lagi2 yg mcm arif..
    kesian btol..ak plak seriau m’dgr nyer..
    ak pon sng dpt migrain tp xlah teruk..kalo minum kopi,n tdo x menentu..mula la..
    T_T
    hope kalian sumer akn ok..
    take care ye..

    Reply
  • 6. mmsy87  |  September 22, 2008 at 10:00 pm

    tuh la pasal..
    selalunyer memang orang tak sedar dier ader migrain
    ak pun juz lite migrain jerk..
    juz denyut skit2 jerk..tapi still leh wat keje
    juz tak selesa jer la..
    hope sume kene kurangkan pengembangan salur darah kat otak tuh oreit?

    Reply
  • 7. waina  |  July 27, 2010 at 4:43 am

    tompang tanya…
    kat mana ye nak dapatkan info yg manyak pasal migrain?
    search kat google..manyak kua psl herba2 plak dah. huhuhu

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Categories


%d bloggers like this: