Rafiah kesal kontrak di UM tak disambung

November 8, 2008 at 11:30 pm 9 comments

RAFIAH menitiskan air mata ketika memeluk kakitangan UM pada hari terakhirnya sebagai Naib Canselor UM.RAFIAH menitiskan air mata ketika memeluk kakitangan UM pada hari terakhirnya sebagai Naib Canselor UM.

KUALA LUMPUR: “Saya terkilan.” Demikian reaksi Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Rafiah Salim yang tidak disambung kontraknya bagi terus menerajui institut pengajian tinggi awam (IPTA) tertua di negara ini, semalam.  read more…

Rafiah yang menamatkan perkhidmatan secara rasmi mulai semalam, melahirkan rasa terkilan kerana tidak diberi ‘kesempatan’ untuk meletakkan UM sebagai antara 200 universiti teratas dalam senarai Times Higher Education Supplement (THES) dalam tempoh dua tahun.

“Saya sudah membuat pelbagai perancangan tetapi kini semua impian saya ‘terkubur’ begitu saja berikutan kontrak saya yang tidak disambung semula oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi.

“Bagaimanapun, saya akur dengan keputusan ini dan berharap supaya pengganti saya berusaha keras bagi memastikan kedudukan UM terus pada tahap tertinggi serta disanjung ramai,” katanya ketika ditemui Berita Harian pada majlis perpisahannya di sini, semalam.

Pemilihan Rafiah sebagai Naib Canselor pada 1 Mei 2006, mencatat sejarah memandangkan beliau adalah wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan, apatah lagi berkhidmat sebagai Naib Canselor di universiti paling berprestij di negara ini.

Beliau akan digantikan bekas Presiden Universiti Multimedia (MMU), Profesor Datuk Dr Gauth Jasmon yang difahamkan memulakan tugasnya 11 November depan.

Mengulas bila beliau dimaklumkan mengenai keputusan kerajaan tidak menyambung kontraknya, Rafiah berkata, beliau hanya dihubungi menerusi panggilan telefon daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Zulkefli A Hassan, petang Rabu lalu.

“Beliau tidak menyatakan sebab kontrak saya tidak disambung tetapi memberitahu Dr Gauth akan menggantikan saya… itu saja,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, berkata pemilihan naib canselor baru UM berkenaan dilakukan selepas melalui proses saringan terperinci oleh jawatankuasa carian di bawah urusetia Kementerian Pengajian Tinggi.

-Berita Harian, 8 November 08

– Goodbye mama….🙂

Entry filed under: miscellaneouS. Tags: .

Battle of the ink 2008 Adikku sayang.. T_T

9 Comments Add your own

  • 1. cikedil  |  November 9, 2008 at 11:20 am

    ouh.kesian nya.tp takpe. ‘ mama ‘ kamu itu mengharapkan ‘ papa ‘ kami dapat menjadi pengganti yang dpt meneruskan impian dia.

    we miss our ‘ papa ‘ ..
    prof sgt baek.sangat peramah..
    dan kami amat merasakan kehilangan dia.sob sob sob ..

    Reply
  • 2. izzahmeor  |  November 10, 2008 at 7:06 am

    prof Ghauth jadi NC baru UM…sure best nyer..coz prof Ghauth mmg best laa…:D

    Reply
  • 3. pijah  |  November 11, 2008 at 11:35 pm

    btol2…prof gauth baik gle..best gile..lg2 kalo die dah masuk crite die mase kt oversea dulu….lg best la…

    Reply
  • 4. kh_41  |  November 17, 2008 at 4:51 am

    we’ll never forget u mama…..hahaha🙂

    Reply
  • 5. mmsy87  |  November 18, 2008 at 12:02 pm

    tapi tak pernah nmpak papa pun?

    Reply
  • 6. apple  |  January 10, 2009 at 11:21 am

    saya sngt sygkn bonda (rafiah salim)….
    walaupun sy x prnh bercakap bersama beliau….
    jasa beliau harus d kenang…
    HIDUP BONDA…..
    WE ALL LUV U SOMUCH..

    Reply
  • 7. mmsy87  |  January 10, 2009 at 6:57 pm

    herm
    sy pernah cakap ngan dier waktu dialog
    kat kolej 2..best jugak joking ngan dier

    pastu waktu haluan siswa
    dapat salam dier
    eheheh
    orang cakap kalau deanlist waktu
    grad jer dapat salam dier
    eheeheh

    Reply
  • 8. iorichee  |  February 6, 2009 at 4:37 pm

    VC baru skit poneng kapla…
    tak faham system pentadbiran dier…
    mungkin student tak rasa sgt
    tapi dengan staff dia sangat tegas
    sampai tahap sedikit tak sedap hati…
    huhuhuuu…

    Reply
  • 9. mmsy87  |  February 8, 2009 at 12:41 pm

    yerp
    dier memang tegas dalam admin..
    itu yang ak dengar dari budak mmu ler

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Categories


%d bloggers like this: