Hyperhidrosis

November 21, 2008 at 2:13 am 24 comments

KATA orang, berpeluh apabila melakukan aktiviti, itu tandanya kita sihat kerana peluh antara cara badan mengeluarkan bahan toksik. Namun, sesetengah orang mengalami masalah berpeluh keterlaluan sepanjang masa sehingga menyebabkan mereka berasa kurang keyakinan diri.

Keadaan berpeluh berlebihan ini dipanggil hiperhidrosis. Masalah berpeluh ketika berasa gementar, takut atau cemas dialami hampir semua orang tetapi bagi individu hiperhidrosis, badan mereka menghasilkan peluh berlebihan sehingga boleh menitis kalo x dikeringkan segera.

Hiperhidrosis tak dikategorikan sebagai penyakit berbahaya, tetapi ia boleh menyebabkan gangguan psikologi kepada penghidapnya. Terlalu banyak berpeluh, terutama pada muka, tapak tangan, ketiak dan kaki boleh mengganggu kehidupan seseorang kerana ia menimbulkan tidak selesa, malu, kurang yakin dan rendah diri untuk berdepan masyarakat.

Kata Pakar Perunding Bedah Kardiotorasik, Jabatan Pembedahan Kardiotorasik Institut Jantung Negara (IJN), Dr Jeswant Dillon, hiperhidrosis boleh berlaku pada lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur, tetapi biasanya ia bermula sejak kecil dan akan kekal sepanjang hayat jika tidak dirawat.

Katanya, hiperhidrosis dibahagikan kepada dua jenis, iaitu primer (atau idiopatik iaitu tidak diketahui puncanya) dan hiperhidrosis sekunder yang disebabkan penyakit lain seperti hipertiroirdisme, kencing manis, tuberkulosis (batuk kering), limfoma, obesiti, kehamilan serta menopaus.

“Biasanya hiperhidrosis berlaku pada empat bahagian utama iaitu muka, ketiak (aksilari), tangan (palmar) dan kaki (plantar).
Bahagian ini akan mengalami masalah peluh berlebihan sehingga boleh menitis.
‘Ada pesakit yang datang berjumpa saya terpaksa memakai plastik dalam kasut bagi menadah peluhnya..’

Punca sebenar hiperhidrosis tidak diketahui dengan tepat, tetapi ada beberapa kemungkinan.
Ia mungkin disebabkan penyakit ekrin kelenjar peluh di seluruh badan, tetapi paling banyak di tapak tangan dan kaki.

Kemungkinan kedua ialah aktiviti saraf simpatetik keterlaluan yang memberi rangsangan kepada kelenjar peluh yang normal, menyebabkan kelenjar menghasilkan banyak peluh dalam masa singkat. Namun, takde siapa tahu mcm mn dan apa menyebabkan saraf simpatetik bertindak keterlaluan.

Bayangkan jika kaki berpeluh hingga kasut basah seakan disiram air, stokin pasti cepat berbau begitu juga kaki. Jika peluh di tangan, ia menyebabkan si pesakit malu untuk bersalam dengan kenalan baru. Malah, jika memandu, tangan boleh terlepas daripada stereng.

Kajian menunjukkan yang org2 mengalami primary hyperhidrosis ni bukan nye sebab bilangan kelenjar peluh bertambah..
dan bukan jugak sebab saiz kelenjar peluh jadi besar..
complicated jugak kalau nk cerita panjang lebar..

1

sorg doktor yang namenye Dr Lukman berkata, secara umumnya, dalam keadaan biasa, hypothalamus iaitu bahagian otak yang mengawal fungsi berkaitan peluh menghantar isyarat kepada saraf peluh.
Saraf ini sebahagian daripada sistem saraf sympathetic yang terletak dalam rongga kaviti.
Bagaimanapun, dalam kes hiperhidrosis, kelenjar peluh tidak patuh pada isyarat yang dihantar. 
tu yang datang penambahan aktiviti oleh sistem saraf yang menuju ke salur darah, organ dalaman dan juga kelenjar peluh, di mane dalam laluan tersebut akan merentasi ‘sudomotor fibers’..
sudomotor fiber merupakan postganglionic sympathetic nerve fibers yang supply terus ke kelenjar peluh..
sistem saraf yang kawal peluh di namakan ‘sympathetic’..

term ‘postganglionic fiber’ ni bermaksud fibers yang dari ganglion terus ke effector organ (organ sasaran contoh kelenjar peluh di tapak tangan)..

“Dalam kebanyakan kes, saya melihat ada kaitan genetik. Biasanya pesakit yang saya rawat adalah adik beradik,” katanya.

Ada banyak rawatan hiperhidrosis bergantung kepada keadaan seseorang. Suntikan botox adalah satu daripadanya. Bagaimanapun, kebanyakan rawatan itu bersifat sementara.

Satu lagi kaedah untuk mengawal hiperhidrosis yang serius adalah melalui pembedahan.

Prosedur pembedahan

  • Selepas dibius, tebukan kecil dibuat sekitar satu sentimeter (sm) dibuat di bawah ketiak
  • Udara masuk melalui tebukan itu melalui rongga kaviti
  • Peralatan endoskopi (kamera fiberoptik dan alatan pembedahan lain seperti gunting kecil) dimasukkan.
  • Selepas mengenal pasti kedudukan saraf sympathetic yang sepatutnya dipotong di celah-celah tulang rusuk, ia kemudiannya digunting. Mengenal pasti kedudukan saraf sympathetic yang betul sangat penting kerana tersalah potong ia akan menjejaskan bahagian tubuh yang lain. Misalnya bahagian muka.
  • Proses itu akan dilakukan di kedua-dua belah badan, di bahagian kanan dan kiriDr Lukman berkata, pembedahan ini hanya memberi kesan parut yang sangat minimum, kecil dan tersembunyi dengan baik di bawah ketiak.

    Bagaimanapun, pembedahan bukan juga pilihan terbaik untuk sesetengah orang. Ini kerana ada juga kes selepas melalui pembedahan menggunting saraf sympathetic, masalah peluh berlebihan akan berulang. Namun, jumlah itu lebih kecil berbanding mereka yang sembuh sepenuhnya menerusi pembedahan.

  • Entry filed under: mase dEpaN.

    Yeay Nokia 2630! Projex Open House 360

    24 Comments Add your own

    • 1. mmsy87  |  November 23, 2008 at 1:47 pm

      giler la wei…
      sebab tuh ak suke duk dalam aircond
      ehehe

      Reply
    • 2. undefined  |  November 23, 2008 at 2:53 pm

      alamak..patot la ketiak ku cpat basah!

      Reply
    • 3. ummulmursyida  |  November 23, 2008 at 3:37 pm

      haha..
      ko tu semuanye giler..

      Reply
    • 4. haya  |  November 24, 2008 at 4:30 am

      sstgh org guna sejenis talkum pd tapak tgn tuk kurangkan kelembapan..

      Reply
    • 5. fafa  |  March 4, 2009 at 2:58 pm

      teruk gak eak pnykit ni..
      pakwe ku kne gak pnykt ni 2 yg aq nak tau cmne nak rawat pnykit ni..

      Reply
    • 6. fafa  |  March 4, 2009 at 3:02 pm

      pkwe ku kne gak pnykt ni 2 yg aq nak tau cra nak rawat pnykt ni..

      Reply
      • 7. mmsy87  |  June 29, 2010 at 1:44 am

        fafa
        Maaf kami sudah berpindah ke

        http://pulutkuning.wokeyh.com

        dan sebarang pertanyaan dan
        interaksi boleh dibuat di sana.

        Kami tidak lagi menyokong laman ini.
        terima kasih.

        Reply
    • 8. kataeasta  |  June 6, 2009 at 7:09 am

      dear kwn2 akupun kenalah,buat aku tak senang duduk dan bergaul atau berurusan dgn sapapun tak ada sebab muka aku terus menerus berpeluh deras kakadang mcm baru keluar dari showerlah basah kuyup rambut aku…nasib baik kalo ada A/C ..nak tau lah apa obatnya..

      Reply
      • 9. mmsy87  |  June 29, 2010 at 1:44 am

        kata
        Maaf kami sudah berpindah ke

        http://pulutkuning.wokeyh.com

        dan sebarang pertanyaan dan
        interaksi boleh dibuat di sana.

        Kami tidak lagi menyokong laman ini.
        terima kasih.

        Reply
    • 10. xslese  |  September 14, 2009 at 3:23 am

      hm,aku pon mngalami prob yg sme..xleh nk bkwn ngn owg laen trlalu rpat..kdg2 rse diri cam jijik sgt..cm2 da diwat utuk mnyelesaikan masalah ni..ble tme nk final exam,tgn mst bpeluh n then tros gvup nk jwb final..pe la yg ptot dilakukan untuk mslh ini…rse xslese sgt dan berbau..

      Reply
      • 11. mmsy87  |  June 29, 2010 at 1:43 am

        xslese
        Maaf kami sudah berpindah ke

        http://pulutkuning.wokeyh.com

        dan sebarang pertanyaan dan
        interaksi boleh dibuat di sana.

        Kami tidak lagi menyokong laman ini.
        terima kasih.

        Reply
    • 12. nazliza  |  March 29, 2010 at 12:34 am

      kepada pembuat blog nie yang tahu banyak perkara tentang penyakit hiperhidrosis ni.. tolong lah aku.. emel kan saya cara nak buat suntikan botox .. dah tak tahan la hidup dengan dunia hiperhidrosis ni.. aku ada satu impian dan impian itu adalah untuk bebas dari hiperhidrosis.. aku ingin pakai baju yang aku nak pakai tanpa perlu pakai baju yang gelap je sbb nak cover dari ketiak yang basah gila2. sandal aku tak bertahan lama, tak kira la berapa harga nya, asal 4 / 5 bulan guna sandal jadi lekang sbb kesan air dari kaki yang berpeluh. so kena buang. tangan aku basah menitik2 macam paip tak tutup rapat. aku benci dengan situasi ni. aku ingin hidup normal.

      Reply
      • 13. mmsy87  |  June 29, 2010 at 1:43 am

        nazliza
        Maaf kami sudah berpindah ke

        http://pulutkuning.wokeyh.com

        dan sebarang pertanyaan dan
        interaksi boleh dibuat di sana.

        Kami tidak lagi menyokong laman ini.
        terima kasih.

        Reply
    • 14. wanny  |  April 4, 2010 at 6:55 am

      ak pon same..kekedang malu gile cz bwh ktiak basah..duk bwh kipas or lam air cond pon bsh gak..mkin truk..baju pon kne pkai wane itam n putih je..xdak life lnsung..

      Reply
      • 15. mmsy87  |  June 29, 2010 at 1:42 am

        wanny
        Maaf kami sudah berpindah ke

        http://pulutkuning.wokeyh.com

        dan sebarang pertanyaan dan
        interaksi boleh dibuat di sana.

        Kami tidak lagi menyokong laman ini.
        terima kasih.

        Reply
    • 16. indleo soullife  |  April 7, 2010 at 7:59 am

      HMM,,,ak pn g2 gak,,, p insyaaalah blan 6 nie ak kan wt oprac kat ijn,, ,, doc kte kne belah jantung aku,, prasssssssssssssssss

      Reply
      • 17. mmsy87  |  June 29, 2010 at 1:42 am

        indleo
        Maaf kami sudah berpindah ke

        http://pulutkuning.wokeyh.com

        dan sebarang pertanyaan dan
        interaksi boleh dibuat di sana.

        Kami tidak lagi menyokong laman ini.
        terima kasih.

        Reply
    • 18. zuera  |  April 24, 2010 at 12:46 am

      saya pon ade penyakit nie..cpt berpeluh kat ketiak..even keje dlm air cond..buat saya tak selesa sgt..mahal tak klu operate?

      Reply
      • 19. mmsy87  |  June 29, 2010 at 1:42 am

        zuera
        Maaf kami sudah berpindah ke

        http://pulutkuning.wokeyh.com

        dan sebarang pertanyaan dan
        interaksi boleh dibuat di sana.

        Kami tidak lagi menyokong laman ini.
        terima kasih.

        Reply
    • 20. azroi  |  May 1, 2010 at 7:48 am

      tenson

      Reply
    • 21. azroi  |  May 1, 2010 at 7:50 am

      aq x tau nk berubat kt ne la? korang letak la n0 fon ke an leh la aq contact…. please

      Reply
    • 22. mmsy87  |  June 29, 2010 at 1:41 am

      azroi
      Maaf kami sudah berpindah ke

      http://pulutkuning.wokeyh.com

      dan sebarang pertanyaan dan
      interaksi boleh dibuat di sana.

      Kami tidak lagi menyokong laman ini.
      terima kasih.

      Reply
    • 23. Rasul  |  September 23, 2010 at 3:46 pm

      Aku plajar form4,.sluruh tubuh aku penuh dgn peluh shingga hilang sgala kyakinan pd diri aku..aku nk semb0h,nk id0p mcm org kat luar sane,.tlg la aku,tah0n dpn nk SPM,.kalo pr0b ni brlarutan,mcm mane nk jwp prekse…plizzz tlg aku,.

      Reply
    • 24. khairol  |  September 25, 2010 at 2:18 pm

      semenjak umur dah nak masuk 30an…peluh tapak tgn dan aku aku semakin teruk…sehinggakan aku malu berjumpa dgn kenalan baru…tak de ubat ke selain pembedahan?

      Reply

    Leave a comment

    Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


    Categories